Friday 7 August 2015

La Tahzan Hellie

Coretan kali ini lebih kepada perasaan aku ketika ini, waktu ini. Diam tak diam Raya bakal berlalu, aku rasa masa berlalu begitu pantas. Kadang-kala aku rasa 24 jam tak pernah cukup untuk aku buat apa yang aku nak buat. Aku menjadi tamak ingin buat segalanya dalam satu masa hingga melepaskan waktu yang berharga.
  
Aku sentiasa mempersoalkan kenapa aku? lepas satu-satu bencana datang. Baru nak tarik nafas lega datang lagi satu ujian. Tak kira kehidupan peribadi mahupun kerjaya aku. Aku rasa sentiasa diuji-Nya. Aku sentiasa mempersoalkan dimana silap aku. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain. Kalau orang lain boleh bahagia, kenapa tidak aku? Kadang-kala aku persoalkan kenapa aku still single? Will there be someone for me? Adakah orang mengingati aku ketika mereka gembira? Atau orang hanya mengingati aku ketika mereka dalam kesusahan sahaja. Aku cuba meyakinkan diri aku, I can live all by myself no matter what. Kadang-kadang aku pun tak tahu apa aku nak. Hmmm...

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni BIMBO yang clueless of what I want in life. Boss aku pernah cakap "Helena, sometimes it's not about questioning what make you start to loose your passion in life but to find back your muse. What makes your passion sparks. What can you do to do better in life." Disebabkan kedegilan aku kata-kata dia ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Aku tetap mempersoalkan kesilapan aku dan mula menyalahkan orang lain dan mula hidup dalam kesedihan, meratapi nasib sendiri. 

Tetapi, hari ini aku berlajar satu perkataan baru, La Tahzan. Tiba-tiba aku ingin tahu maksud disebaliknya jadi aku pun google.  Aku belajar aku tidak sepatutnya berasa sedih dan mengeluh tetapi bersyukur kerana pasti ada hikmahnya di sebalik setiap ujian yang diturunkan-Nya kepada aku. Mungkin apa yang aku lihat itu remeh tetapi tidak bagi orang lain. Mungkin hati ini telah buta untuk melihat tetapi aku harus belajar bersyukur dan menikmati apa yang ada. 

Aku harus belajar untuk menerima supaya aku boleh move on. Belajar menghargai apa yang aku ada. Belajar untuk memperbaiki diri bukan mempersoal kesilapan lalu. Belajar untuk lihat dari sudut lain.

 La Tahzan Hellie, La Tahzan.

Monday 20 July 2015

It's A New Thing

After a while just realize my blogspot has been revamp here. Like an amnesia I totally miss out my old blogspot. These will be my new platform moving on.