Wednesday 25 January 2017

Ingatan Buat Diri Ini

Emosi dan minda sentiasa tidak berjalan seiring. Aku mungkin nampak tersenyum tetapi di dalam hati hanya Dia yang mengetahui. Hanya yang betul-betul mengenali diri ini tahu apa yang aku lalui. 

Aku masih tertanya-tanya, dimanakah silap aku atau mungkin aku terlalu inginkan perhatian dan keinginan merasakan secebis kasih sayang. Kerana ini, aku lupa untuk menyayangi diri sendiri dan melukakan diriku tanpa ku sedari. Aku tidak mengharapkan banyak hanya sekadar untuk aku tahu bahawa aku punya tempat bersandar saat aku memerlukan. Namun aku juga sedar, walaupun kadang-kala terlambat yang aku tak sentiasa betul dan bila aku mengaku kesalahan aku, it is a huge step for me.

Ya hidup ini penuh dengan segala kemungkinan. Kemungkinan untuk gembira dan kemungkinan untuk kecewa. Itulah asam garam hidup. Everything is possible. Rasa kehilangan pasti akan ada bila yang rapat dengan kita menjauh atau pergi. Kita mungkin akan rasa tersakiti atau disakiti. Namun kita harus ingat Allah.S.W.T. itu adalah sebaik baik perancang. Mungkin dia ditakdirkan untuk hadir sekejap dalam hidup kita untuk mewarnai dairi perjalanan hidup kita.

Cubalah bertahan wahai diri dan terus mewarnai hidup insan-insan disekeliling dengan memberi kasih sayang yang ikhlas. Walauapapun ingat Allah itu ada untuk anda. La Tahzan.